Sejak makin berusia ni, saya semakin ke arah gaya hidup minimalis. Hidup lebih bersederhana dan mula melepaskan sesuatu yang tidak penting. Jujur cakap, tak lah dapat 100%, tapi dah bermula. Contoh ketara yang saya nampak adalah mula buang,jual atau sedekah barang-barang yang dah tak diperlukan dalam rumah ni. Rasa sayang nak simpan tu dah berkurang.

Kalau nampak sesuatu barang tu tak terpakai dalam tempoh lama memang dalam kepala ni fikir nak “let go”. Bila banyak sangat barang tak pakai dalam rumah selalunya kawasan rumah makin sempit dan dan cepat berhabuk. Kepala pun serabut bila tengok.

Dari segi hutang pun sama, pening sebenarnya hutang banyak-banyak ni. Hutang kereta, rumah dan segala jenis hutang buatkan diri tak tenang. Memang tak lari kita dari hutang ni, tapi boleh utamakan yang perlu sahaja dan buatlah hutang kecil. Mampu hutang kereta besar, buatlah hutang kereta kecil. Jika kapasiti kewangan kita mampu tiada masalah, belilah apa-apa sekalipun sebab tiada kesan. Yang membimbangkan adalah bila kita berhutang dan berbelanja lebih dari kemampuan. Hutang banyak, tidur pun tak lena. Jadi mari kita sama-sama kurangkan hutang kita.

“Kearah hidup yang lebih tenang dan bersederhana”.

-razinruslan-