– 3 September 2017 – 

Tomita Farm

Jika anda membuat carian mengenai tempat menarik berhampiran Sapporo ataupun Hokkaido, sudah pasti salah satu tempat yang dicadangkan adalah Furano. Furano terletak 119KM dari Sapporo. Ia sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan taman-taman bunganya. Yang pasti para wanita akan terpikat dengan kepelbagaian dan kecantikan bunga di sini.

IMG_3266.jpg

Tomita Farm
Bunga Bluesalvia. Tapi saya nampak warna ungu.

Lebih kurang 3 jam pemanduan dari Sapporo, saya tiba di bandar Furano. Tempat utama yang saya ingin kunjungi adalah Tomita Farm. Tetapi sebelum tiba di Tomita Farm, anda akan melalui Choei Lavendar Farm. Di sini anda dapat melihat beberapa jenis bunga yang ditanam dengan teratur dan cantik sekali. Antaranya adalah bunga Salvia, Bluesalvia dan Whitesalvia. Terdapat juga kemudahan gondola disini yang saya rasa digunakan untuk aktiviti ski semasa musim sejuk, tapi malangnya ia ditutup semasa lawatan saya.

Tomita Farm
Si isteri dalam lautan bunga salvia

IMG_3300.jpg

Kemudian kami bergerak ke Tomita Farm yang tidak jauh dari sini. Saya berehat sebentar di Tomita Melon House yang hanya bersebelahan dengan kawasan Tomita Farm. Saya sarankan anda untuk mencuba aiskrim dan juga buah rock melon yang dijual disini. Walaupun harganya agak mahal, saya pasti anda tidak menyesal. 😀 Rasa aiskrim dan buah di sini agak berbeza dari Malaysia. Sedap sangat!!!

Tomita Melon House
Tomita Melon House
Tomita Farm
Melon yang berharga RM 127 ringgit.
Tomita Farm
Permandangan sekitar Melon House
Tomita Farm House
Aiskrim melon yang wajib dirasa

IMG_7815.jpg

IMG_7748.jpg

IMG_6955.jpg

Selesai berehat, saya menghabiskan masa melihat bunga-bunga di Tomita Farm. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini.

Tomita Farm

Bunga di Tomita Farm

Tomita Farm Furano
Pemandangan di kawasan Tomita Farm

Panoramic Road

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Biei. Tarikan utama di sini adalah Blue Pond dan juga Shirahige Waterfall. Pemanduan ke sini dari Tomita Farm lebih kurang 45 minit. Bagi saya Blue Pond ini lebih kurang sama seperti Emerald Pool di Krabi,Thailand. Berdasarkan pembacaan saya, Blue Pond adalah tasik buatan manusia dan warna kebiruan tasik ini oleh kerana kehadiran bahan kimia disitu.

Blue Pond
Blue Pond di Biei
Blue Pond
Blue Pond

Shirahige Waterfall berada tidak jauh dari lokasi Blue Pond. Para pelancong hanya dapat melihat Shirahige Waterfall dari atas jambatan sahaja. Angin yang sejuk dan bunyi deruman air terjun amat menenangkan jiwa. Untuk pengetahuan, tiada kemudahan tandas disediakan di Blue Pond dan Shirahige Waterfall, eloklah selesaikan apa yang perlu di hentian yang ada sebelum tiba di sini.

IMG_3472.jpg
Shirahige Waterfall

-razinruslan-

 

Advertisements