Lapangan Terbang Nagoya
Nagoya Airport

– 29 Disember 2014 –

Peta laluan jelajah Jepun
Inilah tempat-tempat yang bakal kami pergi demi misi mencari Yuki.

Kali ini mengisahkan tentang pengembaraan saya ke negara Jepun. Hanya Nuar seorang sahaja yang turut bersama saya menjelajah negara ini. Misi kali ini sebenarnya adalah untuk merasai pengalaman musim salji dan merealisasikan impian zaman muda-mudi dulu untuk ke negara matahari terbit ni. Maklumlah, waktu muda-muda banyak menonton kartun dan animasi dari Jepun. Ada juga 2-3 kawan saya bertanya buat apa pergi Nagoya? Pergi Nagoya Tekstil ke beli kain. Sebenarnya Nagoya ni hanyalah tempat persinggahan saya sebelum bergerak ke daerah-daerah lain di Jepun ni. Tiket “return” yang dibeli pun agak murah ketika ni iaitu sebanyak RM 700++ seorang.

Nagoya Airport
Lapangan Terbang Nagoya

Sehari sebelum penerbangan ke Jepun, Malaysia digemparkan dengan kehilangan kapal terbang AirAsia QZ850 dari Singapura Ke Indonesia. Mendengar khabar berita ni membuatkan diri tidak sedap hati, lalu satu pesanan ringkas dihantar kepada Nuar.

A : Nuar, ko dengar cerita tak kapal terbang airasia hilang?

N : Aah weh, kite fly esok ni. Macam mana tak takut ke?

A : Nak tak nak kita fly je la. Taubat dulu sebelum fly. Hahaha

Perasaan takut muncul dalam diri. Takut-takut kapal kami bakal naiki esok pun hilang juga. Tapi hidup mati tuhan tentukan, kami gagahkan diri untuk meneruskan perjalanan ini. Tepat 8:45 pagi kapal terbang kami naiki berlepas dari KLIA2 menuju ke Nagoya. Ini merupakan penerbangan yang paling lama pernah saya naiki setakat ini, iaitu selama 6 jam. Lebih kurang 3:45 petang kami tiba di lapangan terbang Nagoya. Selesai saja urusan imigresen kami bergegas mencari keretapi untuk ke “Nagoya Station”.

Backpack ke Jepun
Tiba di lapangan terbang Nagoya
Nagoya Airport
Selamat Datang Ke Nagoya
Lapangan Terbang Nagoya
Bagi peluang penulis bergambar sikit.
Surau Nagoya Airport
Surau juga disediakan di lapangan terbang Nagoya.

Kami perlu menaiki keretapi di Meitetsu Line untuk ke “Nagoya Station” secepat mungkin, ini kerana kami telah menempah tiket bas untuk ke Takayama pada malamnya. Tapi masalah timbul ketika ingin membeli tiket. Walaupun sudah beberapa kali membaca di internet secara teoritikal, bila kami buat praktikalnya gagal pula. Betul lah kata mereka yang membaca tanpa tindakan tiada guna. Hahaha.  Saya dan Nuar melihat sesama sendiri, kami terpinga-pinga walhal masing-masing sedang mengejar masa.

Nagoya Meitetsu Line
Kaunter Tiket Meitetsu Line di lapangan terbang Nagoya.

Nasib kami baik,  mujur kami berjumpa dengan seorang pelajar warganegara Malaysia yang kebetulan ingin ke “Nagoya Station”. Dialah yang membantu kami sehingga sampai kesana. Rupanya senang saja nak beli tiket ni, lihat pada tempat yang kita nak  pergi dan lihat berapa harga perlu dibayar. Di mesin tiket hanya perlu tekan harga yang ditetapkan. Harga tiket yang kami bayar dari lapangan terbang Nagoya ke “Nagoya Station” adalah sebanyak 870 Yen seorang.

Keretapi dari Nagoya Airport ke Nagoya Station
Beginilah tiket keretapi ke Stesen Nagoya yang berharga 870 Yen
Nagoya Station
Stesen Nagoya
Tempahan tiket yang dibuat menerusi laman web highwaybus.com
Tempahan tiket yang dibuat menerusi laman web highwaybus.com

Tibanya di “Nagoya Station”, kami menuju ke tempat menunggu bas di tingkat 3 untuk mengambil tiket yang kami tempah melalui laman web HIGHWAYBUS.COM. Tiada sebarang caj dikenakan ketika membuat tempahan(perlu letak kad kredit/debit semasa buat tempahan), bayaran penuh perlu dibuat di kaunter tiket. Harga tiket seorang untuk ke Takayama dari Nagoya adalah 2980 Yen. Bas akan bertolak pada 8:30 malam nanti. Kami menghabiskan masa dengan berlegar-legar di kawasan sekitar.

Nagoya Bas Station
Menuju ke tempat menunggu bas yang berada di tingkat 3.
Kaunter Tiket Bas Nagoya
Kaunter Tiket Bas Nagoya
TIket ke Takayama yang berharga 2980 Y seorang.
TIket ke Takayama yang berharga 2980 Yen seorang.
Ruangan tempat menunggu bas
Tempat menunggu bas

Keluar sahaja dari stesen, saya ingatkan dapat melihat salji turun. Tetapi cuma dapat rasa angin sejuk yang tak henti-henti bertiup sampai berair mata dan hidung. Lagi satu perkara yang buat kami teruja ialah bila bercakap berasap-asap mulut. Selalu tengok orang hisap rokok je berasap, alhamdulillah sampai Jepun dapat la rasa berasap semulajadi. Jakun la sekejap kami asyik hembus-hembus macam budak-budak. Suhu disekitar kawasan masa itu adalah 10’C. Oleh kerana tak tahan ditampar angin berkali-kali, kami menyerah dan menghabiskan masa dalam bas menunggu bas sahaja.

Sekitar bandar Nagoya
Sekitar bandar Nagoya

 Bandar NagoyaBandar NagoyaBandar Nagoya

Tepat 8:30 malam bas bergerak dari “Nagoya Station – JR Nagoya Station – Nagaragawa Station ( Berhenti berehat ) – Gujohachiman Inter – Kiyomi – Sukyo Mahikari Sohonzan dan tiba di stesen terakhir Takayama Bus Center Nouhi Bus” pada pukul 11 malam. Nuar tidur nyenyak dalam bas, saya pula hanya menghayati pemandangan sepanjang perjalanan. Paling menarik adalah semasa dalam perjalanan ke Gujohachiman saya mula melihat salji pertama dalam hidup, ia turun dengan lebat dan melitupi tanah-tanah. Pemandangan sekeliling mula berubah keputihan hinggalah sampai ke stesen terakhir.

Nagoya Station Bus

Tempat penginapan kami hanya berhadapan dengan stesen bas. Kami menginap di Country Hostel Takayama dan ditempah menggunakan Booking.com. Keadaan hostel amat selesa cuma saiz bilik di Jepun agak kecil.

 

 

*Nota : Cerita diatas berdasarkan pengalaman tahun 2014.

Advertisements