Pemandangan kawasan Angkor Wat
Pemandangan di dalam kawasan Angkor Wat

– 18 September 2015 –

img_9230

Perjalanan lebih kurang 6 jam memberikan aku peluang untuk tidur lena di dalam bas. Lebih kurang pukul 5 pagi bas kami tiba di terminal bas Giant Ibis, Siem Reap. Sebaik sahaja turun dari bas, pemandu tuk-tuk berebut-rebut datang ke arah kami untuk menawarkan servis mereka dan aku memang dah menjangka situasi ni. Aku menolak semua tawaran mereka dengan melambai tangan tanda tidak mahu. Hasil kajian aku menunjukkan jarak Giant Ibis ke Mad Monkey Backpacker hostel Sieam Reap tidak berapa jauh. Lebih kurang 1 KM, lalu aku dan Nuar putuskan untuk jalan kaki sahaja. Perasaan takut ada sedikit timbul, kerana keadaan jalan yang sunyi sepi membuatkan kami senang di rompak. Ketika dalam perjalanan ke hostel, seorang pemandu tuk-tuk menegur memberi salam. Dia kata dia pernah bekerja di Malaysia dan juga seorang muslim.

“Don’t worry, I can give you best price. We help each other .. 15 USD only include Angkor Tour”

– Pemandu Tuk-tuk –

Aku tak kisah pun dia pernah kerja Malaysia, tapi 15 USD bagi aku yang hanya membawa bekalan RM 500 lebih ni terlalu mahal, terus aku tolak, aku fikir kalau ditambah dengan kos tiket masuk ke Angkor Wat sebanyak 20 usd, jumlah semua dah 35 USD. Lebihan 15 USD mungkin menjejaskan kewangan aku untuk sampai ke Kuala Lumpur nanti.  Sambil berjalan aku menolak pelawaan dia, tanpa berputus asa dia mengikuti aku sambil  memujuk menerima tawaran dia sehingga sampai satu tahap aku jadi serabut. Sampai satu tahap akhirnya dia berputus asa, dia menawarkan nombor telefon supaya aku boleh menelefon dia jika memerlukan khidmat dia nanti.  Aku mengeluarkan telefon aku dan mengambil nombor dia sekadar untuk menjaga hati, padahal memang tak boleh nak “call” pun. Nak cari Mad Monkey Backpacker hostel ni pun dah satu hal kerana tempat ini agak tersorok. Dah jumpa tempatnya, penuh pula. Nasib baik penjaga kaunter mencadangkan kami untuk menginap di Naga World Guest House yang tak jauh dari situ. Harga lebih kurang sahaja iaitu 10 usd untuk 1 Bilik.

Angkor Wat
Berbasikal ke Angkor Wat

Kami merancang dari awal lagi untuk tidak mengambil tuk-tuk untuk melihat kawasan Angkor Wat nanti. Kami hanya akan berbasikal sahaja. Rata-rata tuk-tuk berharga 15 USD, mankala kalau menggunakan basikal seorang hanya dikenakan 2 USD. Cuma terpaksa kerah kudrat sikit untuk mengayuh nanti, untuk orang muda macam kami ni tiada masalah sedangkan bandar Phnom Penh “cover” dengan jalan kaki sahaja. Tempat menyewa basikal pun sebelah hostel, jadi mudah untuk plankan nanti. Jangan takut basikal anda hilang, sebab kunci ada diberikan sekali. Kami berbasikal sejauh 7 KM ke Angkor Wat dari hostel kami. Tiba di kaunter tiket, 20 USD hilang begitu sahaja, kami menerima sekeping tiket yang dicetak gambar kami. Sedikit tip, jika anda ingin berbasikal seperti kami, silalah bawa air mineral yang mencukupi.

Tiket Angkor Wat
Tiket masuk ke Angkor Wat yang berharga 20 USD.

Tiket masuk ke Angkor Wat

Kawasan kuil ini memang besar, jadi anda perlu pilih kuil mana yang anda ingin pergi atau melawat. Kalau nak “cover” semua kawasan dalam 1 hari memang tak sempat, lagi-lagi bergerak menggunakan basikal macam kami. Pakej yang ditawarkan terbahagi kepada 2 iaitu, “Small Tour & Big Tour”. Big tour  akan “cover” kawasan yang lebih besar dan memakan masa yang lama. “Small tour” pakej yang biasa orang ambil, dimana pakej ini akan “cover” wat-wat yang popular dan merupakan tumpuan pelancong. Bagi yang berbasikal, boleh ikut peta dan “cover” kawasan “small tour” dalam sehari sebab aku dah berjaya buat, cuma penatlah. Kalau tak silap, anda perlu mengayuh sejauh 17 KM untuk menghabiskan kawasan “small tour” ini. Tapi bagi yang memilih untuk bergerak dengan cepat dan selesa, bolehlah gunakan servis tuk-tuk yang ada.

Angkor Wat
Angkor Wat
Kemboja
Kanak-kanak Misteri di dalam Angkor Wat
Angkor Wat Kemboja
Bahagian dalam Angkor Wat
Angkor Wat
Batu-batu bertaburan di bahagian atas Angkor Wat
Angkor Wat Kemboja
Pemandangan sekeliling Angkor Wat

Pemandangan dalam Angkor Wat

Bagi penggemar dan pecinta seni bina mungkin mereka akan lebih teruja melihat hasil peninggalan sejarah ini. Selain itu, bagi mereka yang pernah menonton cerita “Tomb Raider” lakonan Angelina Jolie, rakaman dalam filem tersebut juga dibuat di salah sebuah kuil di sini iaitu di Wat Ta Prohm.

Angkor Wat
Pokok besar yang tumbuh di Wat Ta Prohm

Pemandangan di Angkor Wat Kemboja

Pemandangan di Angkor Wat Kemboja

Angkor Wat Kemboja

Pemandangan di Angkor Wat Kemboja

Pemandangan di Angkor Wat Kemboja

Di kuil Bayon pula terdapat sebanyak 216 ukiran muka yang boleh anda lihat. Di sini juga aku telah terpedaya dengan seorang warga tempatan yang tiba-tiba menegur aku. Dia ingin menunjukkan aku sebuah perigi kegunaan raja dahulu kala. Entah macam mana aku boleh percaya dan ikut dia, selesai menunjukkan perigi tersebut dia meminta aku sedikit duit katanya untuk bantuan sekolah dan sebagainya. Aku dan Nuar hanya memberikan RM 1 sebagai tip dan berlalu pergi.

Bayon
Ukiran muka di Kuil Bayon

Bayon

Hari semakin senja, aku dan Nuar bercadang untuk melihat matahari terbenam di Phnom Bakheng. Phnom Bakheng terletak di atas bukit dan merupakan tempat yang strategik untuk melihat matahari terbenam. Tapi malangnya, kuil ni dah dipenuhi dengan orang. Orang ramai beratur panjang untuk menunggu giliran masuk ke kuil ni. Sepatutnya kami datang lebih awal ke sini, tapi tersilap percaturan. Kami putuskan untuk pulang ke hostel dan berehat. Pada sebelah malam, kami berjalan ke “street” 7,8 dan 9 kerana kawasan ini agak meriah pada waktu ini. Esok pagi, kami akan bergerak ke Poipet dengan menaiki bas.  Tiket dibeli melalui hostel kami dengan harga 6 USD seorang.

Kanak-kanak di Angkor Wat

Advertisements