Khmer wording, Cambodia
Tulisan Khmer.

– 17 September 2015 –

Pukul 5 pagi..aku tersedar dari tidur, hari dah pun cerah. Jiran-jiran katil sebelah yang kebanyakkannya mat-mat saleh masih terbongkang tidur akibat berbazuuka dan berparti malam semalam. Pada mulanya aku nak jalan-jalan tengok suasana bandar Phnom Penh pada pagi ni, tapi malangnya hujan turun selebat-lebatnya. Jadi sambung la tidur. Pukul 11.30 pagi kami checkout, tinggalkan beg di hostel dan terus ke Russian Market. Kami hanya berjalan kaki ke sana sebab nak jimat duit. Lagipun kami dah tanya tuk-tuk kat sini, setiap 1 destinasi yang nak dituju, 3 USD akan dikenakan..Fuhh rabak dompet macam ni. Dalam perjalanan ke Russian Market ni kami ada melalui Tuol Sleng Genocide Museum. Di sini lah berlakunya penyiksaan yang teramat kejam pada masa dulu. Tapi sebab aku tak berapa minat tentang isu ni jadi aku tak masuklah, jenguk-jenguk dari luar je. Untuk pengetahuan, korang berpeluang masuk ke muzium ini secara percuma kalau masih pelajar. Jadi bawalah kad pelajar anda dan tunjuk je kat pintu masuk tu.

Keadaan jalan raya kemboja

Genocide museum cambodia
Pandangan Muzium Genocide dari luar
Russian Market Kemboja
Mak cik yang sibuk bergosip di Russian Market

Tujuan utama pergi ke Russian Market ni sebenarnya saja nak beli souvenir. Amboi.. hari pertama dah nak beli souvenir kan, haha macam biasa Nuar akan beli fridge magnet dengan keychain dia. Aku pun macam biasa tengok je la. Selain baju, keychain banyak juga barang unik yang dijual kat sini, contohnya macam barang-barang motor pun ada dijual. Habis beli barang kami patah balik ke hostel untuk ambil barang. Sampai je kat hostel, sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. 45 minit aku dibazirkan macam tu je sebab nak tunggu hujan reda sikit. Tu pun aku dengan Nuar terpaksa beli poncho yang berharga 0.5 USD, pakai siap-siap dan terus jalan kaki ke Independence Monument. Indepence Monument ni dibina pada tahun 1958 bersempena kemerdekaan Kemboja daripada jajahan Perancis pada tahun 1953.

Independence monument cambodia
Bergambar didepan Independence Monument.

Cambodia

Nuar gigih bergambar dengan ponchonya
Nuar gigih bergambar dengan ponchonya

Seterusnya kami ke Royal Palace. Harga yang dikenakan untuk masuk ke Royal Palace adalah sebanyak 6.5 USD seorang. Oleh kerana harga mahal dan kami tak minat nak tengok jadi tak masuk.  Setakat jenguk dari luar ja hasil senibina kuil-kuil yang berwarna emas. Kalau korang minat tak salah pun nak masuk, sebab masa ni aku jumpa orang Malaysia dan dia kata lawa-lawa bangunan dalam Royal Palace ni. Tempat tinggal orang-orang kenamaan mestilah dibina cantik-cantik. Yang menarik minat aku adalah kawasan luar Royal Palace ni. Ada padang besar yang penuh dengan burung merpati, dapat la tengok gelagat penduduk sini dengan pelancong bagi burung makan. Selain itu, korang akan nampak sami-sami botak berbaju oren jalan hulu hilir ke kuil-kuil. Kalau nak tangkap gambar tu cubalah minta baik-baik, diorang ok je. Cuma yang aku perasan, bila diorang nampak pelancong, tiba-tiba jalan laju je hahaha mungkin tak selesa.

Royal Palace Cambodia
Sami sekitar bangunan Royal Palace

Royal palace cambodia

cambodia
Padang yang penuh dengan burung merpati

Selepas ke Royal Palace, kami berjalan menuju ke stesen bas Giant Ibis. Tengah-tengah jalan tu ada tuk-tuk offer kami untuk bawa ke sana, tapi kami tolak kerana kata nak jalan kaki je. Dia kata kami gila sebab jauh hahaha. Sepanjang perjalanan ke stesen bas Giant Ibis korang akan jumpe Night Market. Kawasan Night Market ni korang tengok la sendiri macam mana ragam dia nanti, aku tak nak cerite dekat sini tapi yang pasti kawasan dia agak hidup berbanding dengan hostel yang aku tinggal sebelum ni. Night Market ni juga dah dekat sangat dengan stesen bas Giant Ibis, jadi sementara tunggu bas tu boleh la korang tengok-tengok sini.

Wat Phnom
Jam besar yang terletak di Wat Phnom.

Pagi tadi sebelum ke Russian Market kami dah beli tiket overnight bas ke Siem Reap. Maksudnya malam ni kami tidur dalam bas je dan sampai Siem Reap esok boleh terus buat aktiviti. Kami menggunakan perkhidmatan bas Giant Ibis oleh kerana dari hasil pembacaan aku, servis yang diberikan memuaskan berbanding servis bas yang lain. Harga yang dikenakan untuk overnight bas ke Siem Reap adalah sebanyak 16 USD. Agak rugi sedikit sebab aku tak dapat nak tengok pemandangan sepanjang perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap berbanding naik bas pada waktu siang. Perjalanan sepanjang 430 Km, bertolak pada pukul 10:30 malam dan aku jangkakan akan sampai lebih kurang 5 – 6 pagi nanti. Nak bagi satu tips lagi, di Kemboja ni air mineral dia je berharga 0.60 USD – 1 USD untuk  botol 1.5 liter lebih kurang 4 ringgit lah. Jadi di stesen bus Giant Ibis ni ada disediakan air percuma. Masa ni korang sebat la air panas ke air sejuk ke sampai puas. Kalau ada maggi masak la, kalau ada botol kosong isi la kasi penuh sebab lepas ni nak kena keluar 4 ringgit untuk sebotol air mineral.

Cambodia Monk
Sami Kemboja
Advertisements