– 28 Ogos 2013 –

Ramalan cuaca menjangkakan hari ini cerah. Hati rasa sikit tenang, bukan apa, hari ni nak buat aktiviti  “Island Hopping”. Kalaulah hujan lebat, laut bergelora, ombak tinggi, macam mana la nak “snorkeling”. Dah kalau la aku ni hebat berenang ke tak apa la, ni berenang pun tenggelam timbul tenggelam timbul je.Macam aku cakap sebelum ni, masa aku pergi ke Krabi ni adalah pada musim hujan, jadi kebarangkalian nak hujan tu tinggilahkan. Harga untuk aktiviti ni pun kami dapat diskaun sebanyak 300 Baht, jadi kami hanya perlu bayar 900 Baht sahaja termasuk makan sekali. Bagi yang muslim, boleh minta agensi yang anda gunakan untuk sediakan makanan vegetarian ataupun halal.

P1120067
Bamboo Island

IMG_1620

Seingat aku servis yang kami gunakan adalah dari Barracudas Tour Ao Nang Krabi. Bot kami bakal berhenti di beberapa lokasi iaitu di Bamboo Island, Viking Cave, Lohsamah Bay ,Pileh Bay , Maya Bay , Monkey Beach,  Phi Phi DonMengikut kawan Faiz, ada cara lain boleh dapat murah untuk aktiviti “Island Hopping” ni. Cara dia adalah dengan terus deal dengan orang bot tu sendiri. Mana nak cari? Boleh cari orang-orang bot ni dekat tempat parking bot atau tempat bot ni berlabuh dekat hujung Pantai Ao Nang.

P1120075.JPG
Viking Cave
Antara drama yang dapat dilihat
Antara drama yang dapat dilihat

Aku ada la mengimpikan nak tengok lautan yang air dia kehijauan dan kebiru-biruan ni, yelah asyik tengok gambar dekat google je tu pun entah gambar betul ke lepas edit. Kat Malaysia pula, banyak pantai dah tercemar, air laut pon coklat je. Pantai di Ao Nang ni bersih la juga dan air dia tak lah nampak jernih sangat, tapi bila bot yang aku naik singgah di pulau pertama  iaitu “Bamboo Island” terkesima aku tengok bersih pantai dia ditambah dengan air yang jernih gila. Baru aku sedar la yang gambar google tu tak menipu haha. Bot ni berhenti dalam 30 minit kat sini, sambil tu tangkap la gambar sikit dan mandi-mandi. Paling tak tahan bila bot ni berhenti tengah laut, lepastu snorkeling tengok kecantikan terumbu karang, memang tak terkata lawa dia. Maklumla pertama kali tengok benda macam ni.

IMG_1619.jpg
Menuju ke Maya Bay

IMG_1633

 

– 29 Ogos 2013 –

Pemandangan dari tempat penginapan
Pemandangan dari tempat penginapan

Hari ni hari terakhir aku di Krabi. Hujan renyai di pagi hari ditambah dengan terputusnya bekalan air dan elektrik. Kawasan sekitar bergelap dan menyepi sunyi. Tiket van untuk ke Hat Yai telah pun dibeli dengan harga 380 Baht dan akan tiba pada pukul 9 pagi nanti. Hati terasa berat nak pulang, tapi apakan daya duit pun dah habis. Pukul 9 pagi kami mula bertolak pulang. Perjalanan yang agak lama dan memenatkan ditambah lagi insiden malang apabila kami tiba lewat di stesen keretapi.

Hasil duit terkumpul masa nak beli tiket bas ke sempadan
Hasil duit terkumpul masa nak beli tiket bas ke sempadan

Aku dan Faiz bertanya pada pegawai tiket yang bertugas samada masih ada keretapi untuk ke Malaysia, malangnya tiada. Kami tiba pada pukul 4 petang dan bagi korang yang nak naik keretapi dari Hat Yai ke Malaysia, disarankan kalau boleh sampai la awal. Kalau tak silap, keretapi dari Hat Yai ke Malaysia hanya ada dua “trip” je sehari iaitu 1 pada waktu pagi dan 1 lagi pada waktu petang. Tengah kalut bincang-bincang cari jalan nak balik macam mana, pemandu-pemandu Tuk-Tuk ni sibuk suruh ambil tuk-tuk dengan diorang sampai menyirap la boyen nak bagi penumbuk kat dia hahaha. Selesai berbincang, kami mengambil keputusan untuk ambil bas turun di sempadan Thailand dan Malaysia. Kalau ada yang hairan kenapa kami tak turun terus di Alor Setar, bukan kami taknak, tapi duit dah tak banyak. Pemandu bas tu pula berkeras yang dia hanya boleh turunkan dekat sempadan je dengan bayaran 100 Baht seorang. Banyak sebenarnya perkhidmatan yang ada, korang jalan-jalan je sekitar stesen keretapi Hat Yai tu mesti korang jumpa kedai travel agensi yang sediakan perkhidmatan ni.  Sampai je di sempadan, proses mengecop pasport selesai dengan jayanya. Merasa la jalan kaki dari Thailand ke Malaysia. Tak lupa nak terima kasih kepada kawan-kawan Faiz yang ambil kami kat sempadan malam ni.

Cop pasport nak balik Malaysia
Cop pasport nak balik Malaysia

– EnD –

Advertisements