Taman Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun Terengganu
Pemandangan Tasik Puteri

 – 19 Februari 2016 – 

Lokasi Tasik Puteri. Sumber : GoogleMaps
Lokasi Tasik Puteri. Sumber : GoogleMaps

Terletak kira-kira 49 Kilometer dari Bandar Paka, Bukit Besi merupakan antara tempat tarikan yang agak menarik didalam daerah Dungun. Sekitar tahun 1900, Bukit Besi terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih besi dan mengikut sumber ada mengatakan yang hasil bijih besi yang dilombong disini antara yang terbaik di Malaysia. Oleh kerana aktiviti perlombongan yang pesat dari syarikat-syarikat Jepun ketika dahulu, maka tempat ini dinamakan sebagai Bukit Besi.

Tapi bukan aku nak tekankan tentang sejarah aktiviti perlombongan dekat kawasan ni, aku nak berkongsi tentang keindahan Taman Rereasi Tasik Puteri yang mungkin semua orang tak tahu. Bagi yang nak ke sini, Taman Tasik Puteri terletak berdekatan dengan Kampus UITM Bukit Besi. Jadi boleh menggunakan GPS yang ada untuk “navigate” ke sini.

Tasik Puteri Bukit Besi
Pemandangan Tasik Puteri

Keadaan kawasan di sini agak tenang dan tak terlalu ramai orang. Mungkin sebab aku datang awal pagi. Jadi apa yang buat aku tertarik nak datang sini adalah kerana kecantikan air tasik ni yang hijau kebiru-biruan. Mula-mula tengok gambar di internet macam tak berapa yakin. Dah datang memang puas hati. Seeloknya kalau nak datang sini, waktu pagi sampai tengah hari. Sebab waktu matahari tengah terik memancar, masa tu lah dapat tengok kecantikan sebenar Tasik Puteri.

Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Bagi yang nak mandi-manda, air tasik ni dialirkan ke satu bahagian lain. Ia dibahagikan dalam beberapa bahagian mengikut kedalaman. Cuma nak diingatkan, sila berhati-hati ketika mandi. Apa yang aku tengok, tempat air ni keluar memang dalam sebab tak nampak dasar. Kalau rasa kurang yakin atau tak reti berenang tu, mandilah kat tempat cetek-cetek. Diingatkan sekali lagi berhati-hati.

Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Hati-hati mandi kat sini
Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Kawasan mandi-manda

Selain tu, bagi yang sampai waktu pagi, bolehlah sarapan di warung-warung dalam kampung ni. Cuba pusing-pusing cari sebab tak besar mana pun. Bukan apa, masa aku sarapan kat sini, ada mak cik tu bagitahu aku :

“kampung ni ada tempat-tempat lawa, tapi tu lah orang takde” 

-Mak Cik- 

Sedikit sebanyak kalau kita makan kat kedai mereka ni, ada la menyumbang sikit kat ekonomi kampung ni kan.

-RaR- 

Advertisements