– 16 September 2015 –

Maka dengan berbekalkan duit poket RM 500 lebih yang aku ada, ku gagahkan diri tempuhi perjalanan ini. Lagipun Nuar ada bawa duit lebih, jadi kalau ada masalah aku pinjam je la duit dia. Tepat pukul 3 petang, kapal terbang berlepas dari KLIA 2 menuju ke lapangan terbang Phnom Penh, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Kemboja juga dikenali sebagai “Kingdom Of Wonder” mungkin kerana keunikan dan kemegahan seni bina kuil-kuil yang dibina semasa empayar Khmer pada suatu masa dahulu. Tak lupa juga bila sebut je Kemboja mesti setiap orang akan ingat tentang Angkor Wat dan Tasik Tonle Sap yang mengairi negara tu. Selain popular dengan keunikan kuil-kuilnya, Kemboja juga popular dengan aktiviti penipuan terhadap pelancong yang sebenarnya agak merisaukan aku. Tapi itu semua berdasarkan hasil pembacaan aku sebelum ke sini, betul atau tidak biar aku yang alami sendiri dan aku harap semuanya selamat. Macam manapun tak kira di mana kita berkelana harus diingat sentiasalah berwaspada dengan keadaan sekeliling. Kalau nak kena tu, kena juga, cuma kita cubalah elak mana yang mampu.

Lapangan Terbang Phnom Penh
Lapangan Terbang Phnom Penh
Kemboja
Lapangan Terbang Phnom Penh

Tibanya kami di Phnom Penh, proses mengecop pasport semuanya berjalan lancar. Terdapat tempat tukaran wang dan juga perkhidmatan tuk-tuk/teksi disediakan, jadi bagi mereka nak tukar duit sikit bolehlah buat kat sini. Seperti aku cakap sebelum ni, Kemboja banyak menggunakan USD dalam transaksi harian berbanding matawang mereka iaitu Riel. Apabila kami keluar je dari pintu lapangan terbang pemandu tuk-tuk mula mendekati kami. Majoriti pemandu yang mendekati kami ni semuanya beruniform kuning dan aku tengok sama je uniform diorang dengan penjaga tiket tuk-tuk dalam lapangan terbang tadi, jadi aku anggap mereka ni dari syarikat yang samalah. Harga yang dikenakan adalah sebanyak 9 USD untuk 1 tuk-tuk. Kami cuba nego untuk mendapatkan harga rendah, tapi tak dapat. Sebab resit memang dah tertulis 9 USD. Ada cara lain untuk dapatkan harga lebih murah, iaitu korang kena keluar dari kawasan lapangan terbang dan pergi ke arah jalan raya. Kat situ korang akan nampak banyak motorsikal dan juga tuk-tuk persendirian yang menunggu di tepi-tepi jalan yang harganya lebih murah. Ini berdasarkan pembacaan aku dan info dari traveler yang selalu ke situ.

Tuk-Tuk yang menunggu di luar kawasan lapangan terbang. Banyak info mengatakan anda boleh dapat harga lebih murah dari mereka. Tapi diingatkan berhati-hati.
Tuk-Tuk yang menunggu di luar kawasan lapangan terbang. Banyak info mengatakan anda boleh dapat harga lebih murah dari mereka. Tapi diingatkan berhati-hati.
Kemboja, Phnom Penh
Jalan sesak penuh dengan motorsikal.

Oleh kerana aku tak berapa yakin nak ambil tuk-tuk kat luar tu, jadi kami ambil lah tuk-tuk airport ni. 9 USD dari lapangan terbang ke tempat penginapan iaitu Mad Monkey Backpacker Hostel. Kalau ada bawa beg atau kamera mahal tu, seeloknya pegang baik-baik, takut kena sambar dengan pencuri je. Sepanjang perjalanan ke tempat penginapan, keadaan jalan tak berapa elok. Jalan pecah-pecah dan berhabuk, dan majoriti menggunakan motorsikal. Helmet seolah-olah tak perlu dan selamba je aku tengok motor-motor kat sini bawa “wrong way”. Aku tiada buat sebarang “booking” ke sini, jadi aku harap adalah tempat tidur untuk kami. Harga 1 malam untuk dorm di Mad Monkey Backpacker Hostel adalah sebanyak USD 5. Aku rasa ada backpacker hostel yang menawarkan harga lebih murah sekitar 3 – 4 USD tapi aku tak jumpe sebab buat kerja saat akhir, jadi kajian yang dibuat tak berapa mantap.

Bandaraya Phnom Penh
Keadaan lalu lintas di Phnom Penh

Phnom Penh

Sebelah malamnya, aku dengan Nuar cadang nak jalan dekat kawasan “riverside”. Saja nak jalan-jalan tepi sungai sambil tengok bandar, tapi entah jalan sampai mana-mana je. Dengan tiba-tiba hujan turun pula, hati kami kental redah hujan. Tapi malangnya tak jumpa juga. Akhirnya balik bilik rehat je, sambil tu “check” balik lokasi “riverside” rupa-rupanya kitorang salah jalan.

 

Advertisements