Indochina Route
Basic route, trip Indochina yang tak menjadi.

– 28 Januari 2015 –

Kebetulan hari ni ada sedikit kelapangan dan aku terdengar yang AirAsia ada buat promosi. Jadi aku jenguk-jenguklah sekejap website AirAsia. Wow!!!!! harga yang agak murah bagi aku bila tiket ke Vietnam sehala RM 125 dan ke Kemboja sehala RM 71. Aku dah mula terbayang trip jelajah Indochina yang aku idamkan selama ni iaitu merentas Kemboja – Vietnam – Laos – Thailand dan seterusnya ke Malaysia dengan jalan darat. Keindahan Ha Long Bay, Sa pa, melihat bunga matahari di Lopburi dan lain-lain lagi mula muncul di minda aku. Hasil kajian aku sebelum ni menunjukkan yang trip overland Indochina ni aku boleh buat dengan bajet maksimum RM2500 selama sebulan. Selepas yakin dengan pengiraan aku, aku menyapa Nuar dan dia bersetuju. Maka tanpa segan silunya aku membeli 2 tiket sehala ke Kemboja yang bakal turun di lapangan terbang Phnom Penh.

Sebelum aku beli tiket ke Phnom Penh, aku sebenarnya dah buat beberapa pelan tindakan kecemasan. Hahaha. Antara faktor-faktor aku beli tiket ke Phnom Penh ni adalah :

  1. Sekiranya tak cukup duit, aku boleh terus buat short trip iaitu Phnom Penh ke Kuala Lumpur.
  2. Sebenarnya aku nak beli tiket terus ke Vietnam tetapi trip akan jadi tak berapa sedap sebab kena berpatah balik.
  3. Aku mungkin tak jadi pergi atau tiba-tiba kena balik sebab interview kerja jadi kalau Nuar turun Phnom Penh dekat sikit dia nak balik sorang-sorang.

Penggila tiket murah pun perlu la buat kajian sikit kenapa AirAsia bermurah hati nak buat promosi ke destinasi-destinasi tertentu pada tarikh-tarikh tertentu. Selalunya, kalau anda nampak tiket murah ni, cuba-cuba la tengok cuaca pada masa tu. Macam kes aku ni, bulan Mei – Oktober adalah musim hujan di Kemboja, jadi mungkin Pakcik Tony nak lariskan tiket kalap terbang dia sebab tu dia buat promosi. Aku bagi contoh lain, seperti JetStar Singapore. Aku pernah tengok tiket semurah 40-60 SGD ke Darwin, Australia. Dengan serendah 180 MYR setelah ditukar ke ringgit Malaysia anda mampu ke Australia, tapi waktu tu sebenarnya musim panas gila kat sana.

Selang beberapa bulan. . .

Masa bergerak amat pantas, 16 September 2015 merupakan hari bakal aku terbang ke Kemboja. Tapi semakin dekat dengan tarikh keramat tersebut, diri aku disibukkan dengan thesis, projek dan ujian akhir semester. Maklumlah, dah nak akhiri zaman pembelajaran di universiti, duit juga banyak dihabiskan untuk projek dan thesis menyebabkan bajet untuk trip indochina ni semakin berkurang.

Buat kajian sikit sebelum beli tiket. Kalau dah betul-betul dapat murah memang rezekilah orang kata.
Buat kajian sikit sebelum beli tiket. Kalau dah betul-betul dapat murah memang rezekilah orang kata.

– 12 September 2015 – 

Aku menerima satu email yang menyatakan aku perlu menghadiri sesi  temuduga dengan penaja aku pada 18 September. Perkara ni aku dah jangka awal-awal lagi sebelum beli tiket dan tak sangka pula jadi. Aku memberitahu Nuar yang dia bakal berkelana secara solo pada trip kali ni. Dia agak berat untuk bergerak solo, tapi apakan daya aku terpaksa mengundur diri. Oleh kerana kami pun tak berapa nak ada duit masa tu dan aku tak ikut, Nuar memutuskan untuk buat trip overland dari Phnom Penh ke Kuala Lumpur sahaja.

Route yang bakal kami tempuh nanti
Route yang bakal kami tempuh nanti

– 14 September 2015 – 

Hari ni aku menerima sedikit kejutan. Kali ni email yang menyatakan sesi temuduga aku ditunda pada minggu yang lain. Aku nak kata gembira tak juga, sebab masalah kewangan pula masa ni dengan langsung tak buat perancangan untuk route Phnom Penh – KL. Aku menyemak baki duit aku di bank dan aku hanya ada RM 500 lebih je maksimum yang boleh digunakan untuk trip kali ni. Situasi ni agak memeningkan aku dengan kejatuhan ringgit ( 1 USD = RM 4.25 ) pada masa ni ditambah dengan Negara Kemboja yang menggunakan USD dalam kebanyakkan transaksi harian berbanding mata wang mereka sendiri iaitu Riel. Pada malamnya aku membuat sedikit pengiraan bajet, ya dengan jumlah RM500 lebih yang aku ada sekarang aku mampu pulang ke Malaysia.

Kejatuhan ringgit yang memeningkan kepala.
Kejatuhan ringgit yang memeningkan kepala.
Advertisements