Puncak Bukit Panorama
Menunggu Matahari Terbit di Puncak Bukit Panorama

– 30 – 31 October 2015 –

Bukit Panorama
Laluan turun dan naik ke puncak.

Setelah menghabiskan masa 2 hari di Pulau Kapas kami menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Panorama, Pahang. Kami bertolak lebih kurang pukul 4 pagi dari Gebeng. Kami tiba di Sungai Lembing seiring dengan waktu subuh masuk, jadi terus solat subuh di Masjid Jamek Sungai Lembing. Anda perlu melepasi pekan Sungai Lembing ni untuk ke kaki Bukit Panorama dan hanya ikut papan tanda untuk sampai ke sini. Untuk kepastian, anda akan nampak sebuah pondok rehat bersebelahan dengan tandas. Untuk sampai ke puncak hanya ikut je laluan bertangga yang disediakan. Tak perlu guide pun kerana kadar peratusan nak tersesat tu amatlah sedikit. Masa pendakian lebih kurang 15-20 minit bergantung pada kelajuan masing-masing. Jadi bila di puncak, macam biasalah korang akan dihidangkan dengan keindahan matahari terbit. Kalau cuaca tiba-tiba hujan ke, dekat puncak ni ada pondok kecil jadi bolehlah buat tempat berteduh kalau tak ramai orang. Kebetulan turun je dari sini bateri DSLR aku habis, jadi kurang sikitlah gambar.

Puncak Bukit Panorama
Puncak Bukit Panorama
Puncak Bukit Panorama
Puncak Bukit Panorama

Bukit Panorama

Bukit Panorama

Turun daripada bukit, kami sarapan di Pekan Sungai Lembing. Jujur aku cakap, aku suka suasana perkampungan dan kawasan ni. Di warung-warung aku tengok semua lapisan masyarakat cina, india, melayu duduk satu meja bersembang, buat lawak, kutuk-kutuk. Seronok tengok keadaan macam ni. Bangunan-bangunan di pekan ni pun agak klasik, sesuai la bagi mereka suka tangkap gambar tu. Banyak juga jambatan-jambatan gantung dekat sini, nak naik tu berhati-hati sikit sebab ada kayu yang dah reput. Plan asal nak ke Air Terjun Pelangi yang juga berada berhampiran kawasan ni, tapi kesuntukan masa sebab kena naik 4WD nak masuk dalam sana, terpaksa la batalkan niat di hati. Sebelum balik kami ada juga singgah di kawasan Perkelahan Pasir Kubur Sungai Lembing. Bagi yang nak berkhemah bole la kot singgah sini. Suasana tenang dikelilingi hutan-hutan dan ada sungai. Masa nak ke Sungai Lembing anda akan perasan papan tanda  nak ke sini.

 

 

Sungai Lembing
Antara Jambatan Gantung Di Kawasan Sungai Lembing. Photo By : Akmaluddin
Sungai Lembing
Aktiviti Penduduk Setempat. Photo By : Akmaluddin
Aktivti sampingan
Aktivti sampingan. Photo By : Akmaluddin
Kawasan Perkelahan Pasir Kubur
Kawasan Perkelahan Pasir Kubur. Photo By : Akmaluddin

Kemudian kami ke Air Terjun Sungai Pandan yang tak berapa jauh dari Sungai Lembing. Bayaran masuk untuk seorang kalau tak silap RM 2 seorang dan Caj untuk sebuah kereta RM 2 rasanya. Kalau salah minta maaf, yang penting memang kena bayar nak masuk. Sebenarnya kami ingat percuma je, tapi kena tahan pula sebelum masuk parking. Aku dengan mal cakap dekat brader tu  cadang nak tengok dulu padu ke tak air terjun ni, nak google line telefon tak berapa nak ada pula.

“Dik, dia macam ni dik. Kau nak U-turn ke, kau nak tengok ke, kau nak parking kejap ke memang kena bayar kalau lepas je kawasan ni.”

– Brader Sungai Pandan – 

Itulah kata-kata brader yang jaga laluan masuk parking tu. Jadi kami pun putuskan terus je la mandi dekat situ. Maklumlah dah bayar duit parking semua kan. Syukur, memang lawa air terjun dia tak adalah bazir duit kami. Kalau anda pergi sini, anda akan perasan tali tergantung dekat tengah-tengah tu, hati-hati sikit sebab kawasan tu memang dalam. Cuma aku tak berapa gemar sikit dekat Sungai Pandan ni, dasar dia banyak daun-daun jadi bila pijak tu rasa macam lembik-lembik sikit. Apepun lawa tempat ni.

Air Terjun Sungai Pandan
Pemandangan Air Terjun Sungai Pandan
Air Terjun Sungai Pandan
Pemandangan Sekitar. Photo By : Akmaluddin
Air Terjun Sungai Pandan
Pemandangan Sekitar

Ini merupakan destinasi terakhir kami dalam pengembaraan kali ini sebelum semua berpecah di KL nanti. Sepatutnya trip ni extend lama sikit lagi, tapi masing-masing ada hal jadi terpaksa batalkan. Maka dengan “Ferrari Gold kami menjelajah” dah sampai penghujungnya dengan bajet lebih kurang RM 200 seorang. Terima kasih fakhrulrazi untuk penginapan di Gebeng dan Aji belanja sotong dan udang celup tepung di Kelulut. Till the next adventure.

“Perak – Kedah – Kelantan ( lalu ja ) – Terengganu – Pahang – KL”

Thanks Guys
Terima kasih
Advertisements