Puncak Bukit Keluang
Puncak Bukit Keluang. Photo By : Akmalludin

– 29 October 2015 –

Selesai mandi-manda di Air terjun Lata Bayu semalam, kami meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Keluang, Terengganu. Untuk ke Bukit Keluang, hanya taip dalam GPS je dan ikut navigasi untuk sampai ke lokasi ni. Dari hasil pembacaan ada dua trail untuk naik ke puncak bukit ni. Trail yang pertama (ini yang aku lalu) melalui jalan tangga yang berhadapan dengan tandas awam dekat kawasan pantai. Trail kedua aku tak pasti, mungkin boleh rujuk blog lain. Kami sampai di kaki bukit lebih kurang 1 pagi dan hujan turun selebat-lebatnya. Niat untuk untuk tidur di dalam khemah terbantut gara-gara hujan lebat dan angin bertiup kencang. Kereta ferrari gold nuar yang empuk kerusinya menjadi tempat kami berehat dan tidur pada malam ni. Oleh kerana cuaca yang sejuk dan terlalu mengantuk membuatkan aku terus tertidur. 3 – 4 jam kemudian tidurku terganggu, postur badan yang tak lurus, kaki dan pinggang krem serta digigit nyamuk membuatkan tidur tak berapa lena. Aku pelik macam mana nyamuk masuk sedangkan dah suruh nuar jangan buka tingkap, rupanya tingkap mal terbuka sebesar-besar alam. Aku pasrah je la darah ku menjadi santapan nyamuk ni.

Tandas awam yang berhadapan dengan trail Bukit Keluang ni tak berkunci cuma tiada elektrik je. Jadi bolehlah guna untuk ambil wudhu ke atau melunaskan hal-hal peribadi. Sedang tunggu nuar solat, datang seorang brader ni yang bernama sheikh. Dia ada ekspidisi menawan Gunung Stong pada petang nanti, jadi sementara tunggu kawan-kawan dia sampai, dia nak layan sunrise dulu dekat puncak Bukit Keluang ni. Mulanya dia nak naik sama-sama dengan kami, tapi takut terlepas sunrise dia kata jumpa di puncaklah. Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 6:25 pagi, pada awalnya perlu naik beberapa anak tangga dan baru jumpa trail. Seperti aku cakap tadi, tangga ni memang betul-betul berhadapan dengan tandas awam.

Bukit Keluang
Tangga yang bakal korang tempuh untuk naik dan turun. Photo By : Akmalludin

Puncak Bukit Keluang

Aku dan mal mempercepatkan langkah sedikit kerana takut terlepas sunrise. Lebih kurang 20-25 minit kemudian kami tiba di puncak. Wallaaaaa, sunrise yang padu diiringi angin yang nyaman serta bunyi deruan ombak dihidangkan untuk kami. Di puncak ni dapat la tengok lerengan bukit yang menghadap pantai serta beberapa buah pulau yang tak dikenali. Selain lepak-lepak layan sunrise, ada la juga bersembang dengan brader sheikh, sembang-sembang orang gunung biasalah. Kalau nak tahu dah sampai puncak ke tak, korang akan perasan ada “signboard” tulis negara-negara berserta kilometer ataupun korang jumpa pondok berehat, kira dah sampai la tu.

Puncak Bukit Keluang
Bersama Bro Sheikh
Puncak Bukit Keluang
Pulau-Pulau sekitar

Bukit Keluang

8:15 pagi , orang makin ramai dan kami bergerak turun ke kaki bukit. Jalan-jalan sebentar dekat pantai dan sarapan di gerai berhampiran. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Marang. Pada asalnya nak ke Gunung Berembun (CBL) tapi kesuntukan masa terpaksa ubah rancangan. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Pulau Kapas. Tengah-tengah musim hujan kau pergi pulau, memang cari nahas la. Kos untuk bilik dan return bot sebanyak RM 55 seorang ( RM 40 bot + RM 15 bilik). Masa naik bot pergi ke Pulau Kapas, laut memang agak bergelora tapi cuaca panas terik. Akibat kepenatan sampai je bilik semua terus tidur. Malam pula, hujan selebatnya sampai blackout semua bilik. Nasib baik la kami tak berkhemah kat tepi pantai tu, kalo tak khemah dengan aku sekali kena bawa terbang masuk laut. Bab makan dah bersedia awal-awal lagi, kami bungkus terus nasi bajet. RM 3 ada ayam, sayur, nasi dan air sirap. Jadi bungkus siap-siap untuk makan malam sekali. Maklumlah nak beli makanan atas pulau mesti mahal.

Pulau Kapas
Photo By : Akmalludin
Pulau Kapas
Photo By : Akmalludin
Penghuni Pulau Kapas
Antara Penghuni Pulau Kapas

Pulau Kapas

Advertisements