IMG_8088

– 26 October 2015 –

Beberapa minggu sebelum berlangsung hari konvokesyen aku di Universiti Teknologi Petronas, Akmal dan aku ada berdiskusi untuk buat satu trip sempena meraikan hari graduasi kami ni. Matlamat perjalanan kali ni adalah untuk melawat negeri sekitar timur Malaysia. Oleh kerana ketandusan bajet, aku agak gusar samada untuk meneruskan trip kali ini atau tak. Bajet yang tinggal dalam simpanan hanyalah RM 150, bantuan kewangan pun dah diberhentikan. Kerana desakan rakan-rakan maka aku bersetuju.

“Jangan risau ajin, apa yang ada kita kasi cukup”

– akmal –

Lebih kurang macam tu lah kata-kata penyedap akmal bagi. Bagi mengurangkan bajet penginapan, kami membawa khemah. Khemah ni lah yang bakal jadi tempat tidur aku,iqram,nuar dengan akmal selama perjalanan ni. Lagipun trip kali ni agak rushing sebab pada 1 November nanti aku ada Half-Marathon event di Putrajaya. Nak tak nak kena sampai Putrajaya pada tarikh tu. Akmal merupakan master planner untuk perjalanan kali ni, dan aku yakin je dengan plan dia ni. Selagi bajet cukup RM 150, aku rasa cukup bagus dah. Tapi nak dijadikan cerita masa hari konvo dapat sagu hati sikit, jadi dapat la lebihkan bajet aku kepada RM 200 sepanjang trip ni. Selesai je konvokesyen, terus pulangkan jubah dan ambil semua dokumen yang perlu. Oleh kerana nuar ada hal sikit jadi dia join trip ni lambat sikit. Iqram, akmal dan aku terus bergerak ke Taiping kerana esoknya nak ke Kuala Sepetang.

IMG_8134
Iqram a.k.a Faizal Tahir acah-acah layan budak-budak

Oleh kerana kami bergerak lambat dari Tronoh, sampai Taiping pun dah larut malam. Nak sewa hostel macam mahal pula, maklum la nak jimat. Akmal jadi penyelamat, dia bagi idea untuk bermalam di rumah anak yatim. Mesti yang baca rasa kami ni kedekut. HaHaHa. Sebenarnya Akmal merupakan presiden Enactus di UTP, antara projek dia adalah membantu rumah anak yatim dan miskin dalam aspek pembelajaran dan macam-macam lagi. Jadi dia ada hubungan rapat dengan pemilik rumah anak yatim ni dan dia pun dah lama tak melawat rumah anak yatim ni. Sebenarnya kami nak makan di kedai makanan yang diusahakan oleh pemilik rumah anak yatim ni jadi serba sedikit ada la membantu ekonomi mereka, tapi tutup pula. Sebelum sampai, akmal ada membeli sedikit aiskrim untuk diberi pada adik-adik tu nanti. Aku pun ada berimpian sebenarnya untuk ke rumah anak yatim, sebab nak tengok sendiri kehidupan mereka. Tapi tu lah, nak gerak seorang diri tak biasa tambah segan lagi, nasib la ada rezeki. Thanks mal bawa aku sini.

1
Adik-adik yang macam-macam perangai

Aku sampai lebih kurang dalam pukul 8:30 malam. Suasana sunyi, dalam hati aku terdetik “mana budak-budak ni, senyap je”. Akmal kata adik-adik ni mungkin tengah ceramah lepas solat isyak barangkali. Akmal memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Seorang lelaki menyambut akmal dengan senyuman dan akmal memanggil beliau dengan gelaran “ayah”. Akmal dan ayah asyik berborak, mungkin kerana lama tak berjumpa. Aku dan iqram hanya duduk tersenyum mendengar. Selang beberapa minit, suara kanak-kanak kedengaran. Adik-adik ni bila nampak je akmal bukan main gembira siap peluk keliling lagi. Bila akmal bagitahu yang ada aiskrim lagi seronok adik-adik ni aku tengok. 3 kotak aiskrim habis macam tu je. Masa ni aku dapat tengok yang betapa gembira dan nikmat adik-adik ni dapat makan aiskirm. Aku hanya mampu tersenyum tengok perangai budak-budak ni.

Ayah menjemput kami makan malam. Sambil-sambil tu bersembanglah kami semua dengan seorang  ustaz yang menjaga dan mendidik adik-adik disini tentang ilmu agama. Aku tengok ayah ni macam main motor besar, aku tanya la sikit-sikit buat modal bersembang. Jauh dah dia bawa motor dia jalan, sampai Laos dah dia ride. Kebetulan malam yang kami singgah adalah malam isnin. Tiap-tiap malam isnin akan ada lori ayam singgah sini. Dah adik-adik ni asyik sebut lori ayam lori, lori ayam. Aku ingat lori ayam hidup tu, tapi rupanya lori ayam pasar malam. Diorang akan sedekahkan baki ayam yang tak terjual tu kat sini. Bila dengar je lori ayam tu dari jauh, adik-adik ni dah terpacak depan pintu pagar nak ambil ayam. Ada la dalam 3 plastik besar baki ayam goreng tu diorang bagi. Murah rezeki orang berniaga ni. Habis makan semua pun tidur la kekenyangan.

Advertisements