Senja
Early Sunset

26 Ogos 2013, selesai solat subuh aku berehat seketika di balkoni menikmati kesunyian pagi. Untuk pengetahuan waktu di Thailand awal sejam daripada Malaysia, jadi mungkin tiada isu “jet lag” dan sebagainya. Kemudian aku menyapa Faiz, “hari ni buat aktiviti apa je?”. “Hari ni kita naik gajah dengan kayak. Lepas kayak kita makan bbq sampai muntah” kata Faiz. Sebut pasal gajah, pada mulanya aku maçam tak berapa minat juga naik gajah ni. Tapi atas permintaan para wanita yang nak naik gajah sangat dan aku pun rasa apa salahnya cuba sekali naik gajah ni. Harga yang dikenakan untuk dua-dua aktiviti ni adalah sebanyak 1300 Baht seorang ( Elephant Trekking = 50 Baht, Kayak + BBQ Buffet = 800 Baht ). Kami hanya tempah aktiviti ni menerusi “owner” hostel kami saja, dan masa nak tempah tu cubalah “nego” sebaik mungkin. Dia pun faham kita yang backpack ni tak berapa nak ada duit. Lagipun waktu yang kami pergi ni masa musim hujan, jadi kebanyakkan aktiviti jadi murah.

P1110964

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lebih kurang 9:30 pagi, “Tuk-Tuk” ambil kami dan bergerak ke tempat “elephant trekking”. Gajah ni akan bawa anda berjalan melalui trek yang telah disediakan lebih kurang 45 minit. Seekor gajah paling banyak boleh naik 2 orang sahaja, dan akan ada seorang pelatih atau penjaga yang mengawal gajah ni. Kulit gajah ni amat kasar dan agak berbau. Aku tak tahulah penjaga dia tak mandikan ke apa. Sepanjang menunggang gajah ni ada 1 perkara yang aku tak berapa nak gemar, penjaga dia ni akan ketuk kepala gajah ni berkali-kali kalau gajah ni tak ikut arahan. Kuat gila dia ketuk kepala gajah ni dah macam mendera pula, kesian pun ada aku tengok gajah-gajah ni. Beberapa ketika, aku nampak penjaga lain yang bawa kawan aku tolong ambil gambar diorang. Aku tengok penjaga gajah aku ni relax je, dia ni tak nak tolong ambil gambar ke. Rupanya nak kena bagi tip dulu baru la nak tolong.  Selesai bergajah, rambutan dan air mineral dihidangkan sebelum hantar kami pulang.

Sementara nak tunggu aktiviti kayak di sebelah petang, kami “geng” lelaki ni pergi la makan di restoran halal berhadapan tempat kami menginap. Masing-masing ambil la nasi dan ambil 1 lauk. Sebab kes nak berjimat la ni. Ada yang ambil ikan sekor, daging, ayam dan aku ambil sayur ja. Pasal duit aku bawa paling sikit dan aku ingat ambil sayur murah la, sekali masa bayar semua kena 50 Baht. Aku pelik juga, sayur dengan nasi je 50 Baht, kami “geng” lelaki ni dah mula kondem dah kedai ni. Nak tak nak kena la bayar, kami pun balik berehat. Lepas kami makan tu “geng” perempuan pula pergi makan, diorang bukan main puji kata murah la ape la. Rupanya kedai tu ambil je nasi dengan apa-apa 2 lauk memang akan caj 50 Baht. Menyesal tak berlagu, patut la masa kami ambil lauk orang kedai tengok lain macam. Aku la paling kesian, ambil sayur je, memang jadi bahan gelak sehari tu.

Kayak
Kayak di Ao Thalene

Kayak

Sebelah petangnya aktiviti berkayak pula. Lokasi kayak kalau tak silap di Ao Thalene Bay. Berkayak selama 1 jam 30 minit melihat kawasan sekeliling yang kaya dengan mangrove forest, batu-batuan dan kalau bernasib baik nampak la hidupan liar. Yang buat penat, masa kami nak berkayak balik air surut. Sebelum ni kayak bawa kau, kali ni kau bawak la kayak tu balik. Dengan berselut bagai lagi makan tenaga nak tarik. Selesai semua, tuk-tuk bawa kami ke pantai pula untuk layan buffet bbq sambil menikmati sunset, aku tak ingat pantai ni nama apa tapi tak berapa jauh la dari tempat kayak tadi ( Hasil rujukan di internet mungkin Ao Thalene Beach). Pakej buffet bbq makan sampai muntah ni termasuk sekali dengan kayak, makanan yang disediakan semua makanan laut. Kerusi dan meja dia susun betul-betul depan pantai, korang tinggal duduk je lepastu makanan pelayan akan hidangkan. Maka makanlah aku disitu sambil menikmati sunset yang indah. Kalau ada peluang lihatlah keindahan ni dengan mata sendiri, mungkin pemandangan yang anda dapat lihat lebih indah dari yang aku lihat.

Batu-Batuan

View

 

Sesi mengangkut Kayak
Sesi menarik Kayak

Late Sunset

Advertisements